KERAJAAN berpendapat model perniagaan yang diguna pakai Proton Holdings Bhd ketika ini tidak mapan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kerajaan kini dalam proses menilai permohonan Proton bagi mendapatkan bantuan dalam bentuk geran dan pinjaman mudah (soft loans).
Permohonan ini perlu diperhalusi kerana ia membabitkan sejumlah besar wang rakyat. Kerajaan harus berbelanja lebih cermat ketika pendapatan negara semakin berkurangan akibat kejatuhan harga minyak dan barangan komoditi.
Mustapa berkata, sekiranya bantuan diberikan ia bergantung terhadap keupayaan Proton untuk memenuhi beberapa syarat.
Antaranya, kata beliau, syarikat itu harus segera mengenal pasti rakan asing strategik, Proton diuruskan secara profesional, tiada sebarang campur tangan dalam operasi syarikat dan langkah-langkah tegas tetapi perlu mestilah dilaksanakan bagi kepentingan jangkamasa panjangnya.
"Saya dimaklumkan bahawa terdapat beberapa ketika di mana Proton dilihat bersikap tidak profesional dalam membuat keputusan.
"Sementara kerajaan mempertimbangkan permohonan bagi bantuan kewangan, adalah penting juga untuk mereka mengetengahkan barisan kepimpinan baharu yang cekap dalam syarikat itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Selain kegagalan menjalin kerjasama dengan syarikat automotif asing, Proton juga mempunyai daya saing yang terhad dan penggunaan aset di bawah keupayaan sebenar. Ekoran daripada kegagalan itu, beberapa vendor Proton dijangka terpaksa menghentikan operasi perniagaan dalam masa tiga atau empat bulan yang akan datang.
"Tahun lalu, banyak syarikat vendor Proton datang berjumpa saya dan berkongsi masalah yang mereka hadapi. Susulan pertemuan ini MITI mengambil langkah serta-merta dengan memperuntukkan sejumlah RM100 juta sebagai pinjaman mudah untuk meringankan beban mereka.
"Saya juga dimaklumkan bahawa beberapa syarikat vendor akan berdepan masalah sekiranya Proton terus beroperasi pada kadar pengeluaran dan jualan sama," katanya. Dalam pada itu,
Mustapa berkata, kerajaan menghargai usaha bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membangunkan Proton, tetapi legasi kejayaannya perlu diteruskan penggantinya kelak.
Mustapa berkata, semua pihak kini tidak boleh menghiraukan masalah yang dihadapi serta ketidakupayaan Syarikat untuk mengukuhkan kedudukan kewangan dalam mengorak langkah ke hadapan.
"Kami berharap, Pengerusi serta Pengurusan Kanan Proton yang baharu dapat membantu usaha merealisasikan potensi yang ada ke arah masa hadapan yang lebih cerah buat syarikat.
"Kerajaan juga terus komited dalam usaha memastikan pembangunan serta pertumbuhan industri automotif domestik yang berterusan, termasuklah transformasi Proton dan ekosistemnya," katanya. -BH
Comments
bantuan, seperti bantuan kewangan. Jadi, jika anda akan melalui kewangan
masalah, jika anda mempunyai keadaan huru-hara kewangan dan anda memerlukan dana untuk
memulakan perniagaan anda sendiri atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang atau membayar
bil, memulakan perniagaan yang baik atau anda mendapati sukar
mendapatkan pinjaman modal dari bank-bank tempatan, hubungi kami hari ini melalui e - mail
rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com
"Jadi, jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja,
Anda dinasihatkan untuk melengkapkan dan mengembalikan butiran di bawah ..
Nama awak: ______________________
Alamat anda: ____________________
Negara awak: ____________________
Tugas anda: __________________
Jumlah pinjaman yang diperlukan: ______________
Tempoh pinjaman: ____________________
Pendapatan bulanan: __________________
Nombor telefon: ________________
Adakah anda memohon pinjaman sebelum: ________________
Jika anda telah memfailkan pinjaman sebelumnya, di mana anda dirawat dengan jujur? ...
Bertindak cepat dan keluar dari tekanan kewangan, keadaan huru-hara, dan cabaran
hubungi REBECCA WILLIAMS LOAN FIRM hari ini melalui e - mail:
rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com