Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kempen 'undi rosak' yang lancarkan pihak tertentu sebagai tindakan yang bertentangan dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
Katanya pendekatan berkempen secara negatif untuk memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU) itu sepatutnya tidak dilakukan kerana rakyat Malaysia seharusnya diberikan hak menentukan kerajaan pilihan.
"Semua orang ada hak untuk menggunakan kuasa yang diberikan Perlembagaan kepada setiap rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar (sebagai pemilih).
"Jadi inilah masa untuk kita menggunakan hak kita menentukan kerajaan, ini pilihan kita sebab itu adalah (menjadi) tanggungjawab kita sebagai seorang individu menentukan siapa yang patut menjadi kerajaan Malaysia," katanya kepada pemberita Malaysia, di sini hari ini.
Perdana menteri berkata demikian ketika diminta mengulas Kempen Undi Rosak yang sebelum ini tular di laman sosial, dengan menyebarkan mesej dengan tanda pagar #UndiRosak atau #SpoiltVote, dan #ProtesPRU.
WAN AZIZAH: UNDI ROSAK CAMPAIGN STARTED BY DR M HATERS
KUANTAN: The #UndiRosak campaign launched on Jan 7 was started by people dissatisfied that Tun Dr Mahathir Mohamad has been nominated to be prime minister if the Pakatan Harapan opposition pact were to win the 14th General Election, said PKR president Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
However, she said it would not gain traction.
“We believe we have made the right choice (nominating Dr Mahathir for the job),” she told reporters after closing the Pahang PH Convention 2018 here yesterday.
The campaign calls on voters to spoil their votes when casting their ballots in GE14, which must be called by August this year. — Bernama
SHARE ON:
Comments