Azmin Ali Tak Mahu Anwar Jadi PM - Calon Ketua AMK


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilihat tidak serius dalam mengangkat Anwar Ibrahim sebagai presiden PKR kerana teragak-agak membuat keputusan bagi menghantar pencalonannya untuk bertanding dalam pemilihan parti, kata calon ketua Pemuda PKR Akmal Nasir.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, tindakan Azmin menghantar borang pencalonannya pada saat-saat akhir juga menunjukkan sikapnya yang seolah-olah tidak menyokong Anwar untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jeyakumar pula membidas serangan yang dibuat oleh Akmal terhadap Azmin.

"Saya nak menasihati orang-orang muda ini. Saya sebagai orang yang lama dalam parti.

"Pemilihan parti ini adalah antara keluarga. You nak jadi champion, hero, untuk sementara waktu saja, tak payah," kata Xavier yang juga Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli kepada wartawan semasa berkempen untuk calon HARAPAN, Halimey Abu Bakar Seri Setia.

Xavier berkata, parti itu harus bersatu dan menerima sebarang keputusan pemilihan yang akan dimumkan pada kongres tahunannya pada November ini. -1peluru

SHARE ON:

Comments