HARUSSANI 'BELASAH' HARAMAZLI!!

akhirnya mufti perak, ts harussani menjawab makian oleh taliban PAS, ustaz nor azli yang menggelarkan dirinya 'haramsani'. video tersebut banyak tersebar di blog2 proBN.

Mufti Perak bidas Azli

IPOH 28 Mei - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menyifatkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa menyerupai orang fasik kerana setiap kata-katanya sukar untuk dipercayai.
Katanya, orang seperti itu tidak wajar dipercayai kerana perbuatan memburukkan orang lain jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Saya nak tanya dia, semasa dia bekerja makan gaji dulu, dari mana sumber duit gaji yang diterimanya?

"Semasa zaman Rasulullah dahulu pun, duit yang dibayar gaji juga diperoleh daripada cukai arak dan judi, semua itu tidak pernah dipertikaikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harussani berkata demikian sebagai mengulas kebiadapan Nor Azli yang sanggup menggelarnya sebagai 'Haramsani' kerana menerima wang yang didakwa daripada sumber haram.

Dalam satu ceramah beliau yang dimuat naik di laman web Youtube, Nor Azli memberikan gelaran itu kerana mendakwa Harussani tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Harussani berkata, tidak salah menggunakan duit tersebut kerana perkara seperti itu tidak pernah dipertikaikan pada zaman pemerintahan Islam dahulu lagi.



entry gua pasal isu ni DI SINI (KLIK!)

Comments

Anonymous said…
Hukum Allah tidak kejam. Kalau gitu orang Islam tak boleh kerja dibank atau supermarket atau dimana2 sebab kita tak tahu sumber duit tu halal atau haram. Kalau kita dituntut kerja satu hari 8 jam dan kita dah jalankan dengan baik, bermakna kita makan rezeki yang halal.

Harap orang yg berfikiran begini hiduplah bertani sendiri, bela ternakan sendiri. Kalau nak beli apa2 ikut sistem barter. Tapi sanggup tak orang tu buat cara ni. Cakap guna dubur bolehlah...
Anonymous said…
Si Nur Azli tu cakap nya memang kosong.Actually he's a clown.
Never use his brain. Another typical hamPAS unofficial speaker.
whiteorange said…
BERCAKAP ELOK BUKAN PAS NAMANYA

MEREKA BERCAKAP SESEDAP RASA

KERANA ITULAH TRADEMARK MEREKA

KITA YANG BERAKAL NI KENALAH PANDAI MENDENGAR
Anonymous said…
Kebadaban Nor Azli adalah hasil tarbiah oleh parti PAS. PAS bangga apabila dapat melahirkan ramai watak-watak biadap seperti itu.