akhirnya mufti perak, ts harussani menjawab makian oleh taliban PAS, ustaz nor azli yang menggelarkan dirinya 'haramsani'. video tersebut banyak tersebar di blog2 proBN.
Mufti Perak bidas Azli
IPOH 28 Mei - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menyifatkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa menyerupai orang fasik kerana setiap kata-katanya sukar untuk dipercayai.
Katanya, orang seperti itu tidak wajar dipercayai kerana perbuatan memburukkan orang lain jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
"Saya nak tanya dia, semasa dia bekerja makan gaji dulu, dari mana sumber duit gaji yang diterimanya?
"Semasa zaman Rasulullah dahulu pun, duit yang dibayar gaji juga diperoleh daripada cukai arak dan judi, semua itu tidak pernah dipertikaikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Harussani berkata demikian sebagai mengulas kebiadapan Nor Azli yang sanggup menggelarnya sebagai 'Haramsani' kerana menerima wang yang didakwa daripada sumber haram.
Dalam satu ceramah beliau yang dimuat naik di laman web Youtube, Nor Azli memberikan gelaran itu kerana mendakwa Harussani tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.
Harussani berkata, tidak salah menggunakan duit tersebut kerana perkara seperti itu tidak pernah dipertikaikan pada zaman pemerintahan Islam dahulu lagi.
entry gua pasal isu ni DI SINI (KLIK!)
Comments
Harap orang yg berfikiran begini hiduplah bertani sendiri, bela ternakan sendiri. Kalau nak beli apa2 ikut sistem barter. Tapi sanggup tak orang tu buat cara ni. Cakap guna dubur bolehlah...
Never use his brain. Another typical hamPAS unofficial speaker.
MEREKA BERCAKAP SESEDAP RASA
KERANA ITULAH TRADEMARK MEREKA
KITA YANG BERAKAL NI KENALAH PANDAI MENDENGAR