ALAMAKKK!! WARDINA NAK SAMAN BLOGGERS!!

Beliau berkata, ekoran tuduhan yang dilemparkan, beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi menuntut supaya semua artikel berkaitan dengan dirinya yang dikaitkan dengan parti politik, diturunkan segera. "Jika penulis blog berkenaan gagal berbuat demikian, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana negara kita, ada undang-undang," katanya. -UM
cerita mengenai wardina di blog 1peluru bermula dengan entri ini (klik!) dan terima kasih kepada rakan2 blogger lain yang menyambung cerita tersebut mengikut perspektif masing2.

sejak gambar wardina sedang minum semeja dengan azmin ali dalam satu majlis PgayR beberapa hari lalu (klik!) dia mula dihentam lebih teruk sehingga memaksanya memberi kenyataan media. gua secara peribadi mula 'hangin' dengan wardina selepas dia reply kepada tweet dari nizar jamaludin.


dan banyak lagi tweetnya yang gua prinscreen jelas menunjukkan sokongannya kepada PAKATAN RIOT dan menghentam tindakan kerajaan. dengan semua bukti tersebut, bagaimana mungkin dia menafikan dengan mengeluar kenyataan (keras??) dia tidak memihak kepada mana-mana parti politik? sebab itu gua tak kisah sangat dengan ugutan saman yang dia umumkan, gua ada banyak bukti dia memihak kepada PAKATAN RIOT.
"Saya nyatakan di sini bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti, sama ada parti pembangkang atau pun kerajaan dan saya juga bukan ahli PKR. Buat masa ini, saya tidak ada niat untuk menjadi calon dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
okey, melalui kenyataan "BUAT MASA INI" maknanya tidak mustahil "DI MASA AKAN DATANG" dia akan realisasikan cita2 mengantikan ds sharizat, jika diberi peluang oleh pucuk pimpinan PRiot.

wardina harus sedar dia cuba diheret oleh pimpinan PRiot terutamanya nik nazmi untuk mempromosikan pakatan mereka. jika nik nazmi ikhlas mahukan wardina mengisi satu slot dalam majlis anjuran mereka, wardina tidak seharusnya diberi peluang bercakap cuma selama 10 minit sahaja. adakah wardina terlalu naif hingga tidak sedar dia cuma menjadi 'bahan penarik' untuk kempen PRiot?

mengenai gambar wardina bersama ds rosmah mansor itu bukan hal yang boleh menjadi bukti dirinya neutral. gambar bersama rosmah mansor dalam majlis rasmi, bukan dalam acara santai minum2 bersama azmin ali. nilai & impaknya berbeza. gambar2 wardina di majlis mesra rakyat kelana jaya tersebut turut dimuatkan oleh blogger2 PRiot untuk kempen mereka. jadi salahkah bloggers2 UMNO/BN memaparkan berita dari sudut berbeza?

permasalahan utama bila wardina mencari rezeki di TV3 (rancangan MHI) media yang dikeji teruk oleh anuwar ibrahim, nizar jamaludin, nik nazmi, azmin ali & lain2 pemimpin PRiot dengan label 'media UMNO'... tapi dia menyokong ideologi pemimpin2 yang mengeji TV3. jika artis2 bebas yang tidak berada dalam lingkungan bahan kutukan PRiot, implikasinya mungkin berbeza.

artis mempunyai cara tersendiri dalam memainkan peranan membentuk masyarakat... bakat, rupa, kreativiti & pengaruh boleh dimanfaatkan dengan pelbagai cara. tidak perlukan elemen politikal dalam melaksanakan niat murni tersebut. ini kerana artis bergantung harap kepada peminat untuk meneruskan kariernya. dengan kecondongan kepada mana2 parti politik artis tersebut akan hilang separuh dari peminatnya, dan harus bersedia zahir&batin dipropagandakan secara politikal.

ini mungkin entri terakhir gua mengenai wardina, bukan takut kena tindakan mahkamah tapi gua rasa at least berbekas juga di relung hati wardina walaupun sedikit khilafnya selama ini. ini pesanan ikhlas, terima kasih jika wardina juga membacanya! =)


.

Comments

Shacklesmith said…
mengaku sajelah kak wardina oi.. takde apela yg nk dimalukan lagi.. kot ye pun marah ngan kat kerajaan wat pe sampai nak tuduh yg dah 50 tahun punya dulu.. sedangkan kepincangan yg ade sekarang ni bmula dari zaman anwar ibrahim.. keturunan kak wardina pun berapa tahun bertapak kat bumi M'sia ni?? bila mak dier dtg dari aceh and bapak dier dari aussie?? balik sanalah kalau x suke dok kat cni..

Benarkah Pelajar Malaysia Bersikap Pasif??
Anonymous said…
Biasalah, orang memang suka menafikan apa yg mereka dah buat. Jangan nafi keras2 dan nak saman orang, wardina. Bukan apa, takut nanti ada orang keluar bukti lain, kan susah.
Anonymous said…
Blog ni ke yang buat Wardina marah2 sampai nak saman tu? hehehehe
Anonymous said…
Ooooo...pendatang juga la dia ni...
Biar dia saman kita ramai ramai bro ..ape ada hal..dia sendiri nanti malu semua bukti keluar langsung takde harapan nak keluar TV lagi.
RR said…
wardina tak patut saman blogger je yg siar gambar lamanya masa tak pakai tudung... dia kena saman ASTRO & TV3 sekali sebab masih siarkan drama2 time dia x pakai tudung!
Anonymous said…
HANTAR MEMORANDUM KAT TV3 LAH...BIAR DIA MENJAWAP DENGAN BOSS DIA...
SoundHeart said…
Woiii !!! Jangan LUPA MENAFIKAN, TUNDA, SALAHKAN Orang Lain dah memang senonim dengan PKR. Jadi tak hairanlah Wardina Tai-chi sana sini.

Ini lebih menguatkanan argument yang menunjukan semangat PKR(Parti Kencing Rakyat) dah menyerap kedalam sanubarinya...

Memang sah dia cuba nak kencing...!!!
Anonymous said…
cara ngelak jawapan pun dah sama cam nuar .... sama jer konsep ngan nuar ...nafi2....sampai bila ...oiii ....satu malaysia ke nak tipu??? ...tanya diri sendiri ...aku tipu ker ??? atau org ngata aku? Bape banyak dosa tipu ngan org nak ditipu oiii ...cam nuar tuhh
Anonymous said…
wardina,

engkau nak saman sapa? lawyer mangkuk mana yang bagi nasihat pada engkau?

tidakkah engkau tahu mana-mana gambar yg disiarkan di majalah atau akhbar, dah jadi milik awam. malah engkau sendiri merelakan gambar-gambar itu diambil. apa hak engkau nak mintak SKMM keluarkan arahan untuk membuang gambar-gambar tersebut?

ingatlah, apa yg berlaku sekarang hanyalah sedikit ujian dari Allah agar kita kembali beringat bahawasanya kita tak lebih dari seorang hamba Allah di muka bumi ini. tidak perlu sombong dan takkabur.

-zahimi-
wardino said…
Wardina kalau kena buang dr tv3 pun,berebut anwar nak ambik kerja.Bolehlah wardina mengenali anwar dengan lebih 'mendalam' lagi lepas ni.
Anonymous said…
Bioasa le tu..cakap mula berbelit2 bila dah terjerat. Dah terang lagi bersuluh. Terus terang lah wardina wooi.
wa dono said…
elo...wardina
gambo2 tu gambo peribadi ke?
gamba tu pon sebenonya utk tatapan awam kan..kan..kan
dan..ko faham x...selebriti tu ape??
Unknown said…
Oi. Pegi mampos la dia nak sokong sapa.. negara DEMOKRASI kot malaysia ni. Ko nak hentam dia apa hal? teruk gila perangai.
Anonymous said…
APA KATA Puan Wardina bersumpah laknat dengan mengatakan yang Puan Wardina tidak menyokong pembangkang?.....ckp banyak tak guna, tembak tak leh kena bebbbb....
Anonymous said…
Assalamualaikum,

Tuan,

In my opinion let us just leave her alone. let her be what she want.Itu kan hak dia, dan juga hak kamu utk hentam org yg x sehaluan dgan kamu tapi x perlu la nk buka aib lama dia.dia kn daa insaf.

tolonglah jgn 'bogel' kn seorg muslimah hanya kerana berlainan ideologi.

maaf kalau tersinggung dan terkasar bahasa.

jerak
Anonymous said…
wardina tidak lah memihak manamana parti,

wardina hanyalah hendak memberikan dakwah-dakwah islamiah, lain orang lain cara kan memberi dakwah

pasal gambar tu, dulu lain sekarang lain, jadi jangan lah ungkit benda yang lama, jikalau orang tu dah berubah, kan bagus!! alhamdulilah, kenapa nak cari kesalahan orang,

open sikit minda tu k..

assalamualaikum
jes
Sudir said…
Blogger bukannya makan saman.. kahkahkah!!
Hibbeler said…
memanglah gambar tu hak awam. tapi sebagai orang islam kita cubalah untuk tutup aib dia yang lepas. dia pun orang islam, kau pun islam jugak. dia dah pakai tudung yang kau nak tunjuk2 gambar celah kangkang jugak kenapa. nak jugak cerita pasal kejahilan dia masa dulu2. lawak la kau ni.
tak perlu lah kau nak serang peribadi dia. even kalau dia sokong pkr and aku rasa memang dia sokong pun, kau tak perlu kot letak gambar mangga celah kangkang tu. aku tahu kau anti pkr, pas dan sebagainya. dan aku hormat pandangan kau. kalau aku nak hentam kau pun nanti aku hentam pasal teruknya pahaman kau je. takkan aku nak cerita pasal kau makan taik idung kau ke kau bau tangan kau lepas basuh berak ke. ni contoh. aku tak kata kau makan taik idung kau.
jangan saman aku pulak.
che zaid said…
Salam sedara2..saya tak faham dgn suasana politik Msia sekarang..Kalau zaman saya kecil2 dulu masyarakat berlainan ideologi politik boleh duduk semeja bersembang dan bergurau senda..ziarah rumah masing2 dsbnya. tp sekarang ni dah mcm makin teruk suasana politik msia ni tau..hari2 rasa mual nak baca berita nak tgk news kat TV sebab mcm politik murahan..dan agenda yg di ketengahkan bukanlah sesuatu yg boleh menajamkan minda masyarakat, bukannya sesuatu yg boleh membina modal insan esp org melayu ISLAM mcm kita ni. Macam mana anak2 kita, so called anak2 Muslim nak luaskan pemikiran dan matangkan fikiran, dan nak berbudi pekerti mulia sejajar dgn prinsip RUKUNEGARA yakni KESOPANAN DAN KESUSILAAN kalau hari2 di sogokkan dgn maki hamun, caci mencaci, fitnah menfitnah, aib mengaib??? Cuba sedara renung2kanlah..tak salah rasanya kalau kita berbaik sesama kita..tujuan adanya pembangkang adalah untuk check and balance..jadi kalau x de salah dlm tindak tanduk kita x delah bangkangan betul tak? Saya akur, dunia sekarang dah akhir zaman jadi elak mcm mana pun perkara ni akan berlaku cuma saya mohon kurang2kanlah caci makian..letih telinga mendengar, sakit mata memandang dan jelik rasanya sedangkan kita org Melayu yg sering diwar2kan sebagai bangsa yg bersopan.. Saya seru setiap hari kurang sepatah caci maki mungkin dalam sebulan dah pun menjadi zero.Dari nak maki org baik beristighfar...insyaallah dpt pahala..renung2 kan lah ye.....
azzam said…
salam...cuba saudara semua ambil iktibar dari peristiwa israj mikraj yg berlaku ke atas junjunga kita..bagaimana Allah menunjukkan balasan atas perbuatan semasa hidup.. dan kenapa harus saudara ungkitkan kembali kisah silam wardina selepas pintu hati beliau telah dibuka utk mengenal Islam dengan lebih mendalam??ingat..x payah la kita nak buka aib orang dikala mengaku diri kita ini bagus..semua ini berpunca daripada masalah hati..kalau atas alasan yg beliau public figure sekali pun, x kan smpai nak membuka aib org?? same juga kalau kita mengungkit seorang cina yg baru masuk islam smbil berkata "ala..dulu die pun makan babi"....di mana letaknya harga diri kita yg mengaku sebagai seorang beragama Islam???renung-renungkanlah diri kita dahulu sebelum mencaci saudara seIslam kita...wassalam
Anonymous said…
jgn kita membuka aib orang, ingat balasan dr Allah. Itu hak wardina utk mengeluarkan apa2 pandangan..inikan negara demokrasi..just leave her alone.
Anonymous said…
ape masalah dia keje ngan tv3, tp x sokong krajaan..tv3 swasta kot. Mcm2 la korang ni..minum semeja pun masalah ke. Jgn lah duk hentam org sane sini..lepas tu bukak aib org. Malu skit la bhai..sesama islam kita ni. Bg la peluang dan hak utk semua org bebas bersuara..xkan dia public figure br jd isu kot. Malaysia ni negara demokrasi tp ats kertas je, hakikatnya x pun.
Anonymous said…
ni la masalah kau. kau tak paham antara belas ehsan dan tanggungjawab. kalau dia kerja kat RTM sekali pun dan dia nak sokong pembangkang tak jadi masalah. dan kau tak boleh cakap yang dia tak mengenang jasa kerajaan bagi gaji kat dia. dia bekerja, bukan dia saja2 mintak tolong kerajaan bagi duit. majikan bagi gaji kepada pekerja. macam lah buat jalan tar. bukan kerajaan baik hati nak bagi jalan tar kepada rakyat. itu memang tanggungjawab kerajaan, menyediakan kemudahan untuk rakyat. kalau kerajaan tak buat baru salah. tapi kau ni kolot. kau ingat kerajaan tu lah bagi segala-galanya. kau kena paham antara tanggungjawab dan belas ehsan.
Anonymous said…
tokey BLOG ni dah goyang telur..kite tgk dia remove ke tak apa yg wardina demand..dia ingat dia hero kat dalam internet..try kat luar tengok..sian malaikat Atid ko, penat mencatit dosa2 ko, bg la can kat malaikat raqib ko pulak, dia nk gak bekerja..
Anonymous said…
apa maksud dia kata kita dah 50 years? Hidup sensara macam kat Mesir? Dia tak sedar ke dalam masa 50 tahun ini lah dia hidup glamour, senang. kalau dia ingat negara ini macam kat Mesir (susah), aku tak tahu dia jadi apa sekarang ini.
Anonymous said…
besar mana pahala dedah aib orang masa lampau demi perjuangan fahaman penulis blog ni?
Aisyah said…
ape yg korang bising2 ni..blogger ni nk habaq pasai apa wardina ni beria-ria sgt nk explain yg die tak terlibat ngn mana2 parti politik, tp hakikatnya mmg nampak sgt dia sokong parti pembangkang. thats why la! and this blog is a pro-government blog so so apa2 perangai pelik pasai parti pembangkang n org2 yg bersekutu mesti r nk cita...ingat org xde keja ke nk hentam2 x tentu pasai! bukan hentam tp saje nk kantoikan wardina.. :p
RR said…
yup, damn true aisyah... it's political, not personal. jika dia berani menjebak diri dengan unsur politikal, maknanya dia harus berani dihentam secara politikal.

gua masih antara geram & kasihan bila fikirkan semua tindak-tanduknya dulu & kekesalannya skang ini.

gua akan padamkan gambar lamanya tapi bukan dalam masa 14 hari seperti yg dia syaratkan... sebagai bukti gua bukan takut dengan tindakan mahkamah. just bila gua rasa wardina dah cukup sedar & insaf akan kesilapannya...

dan seperti yang dia sendiri nyatakan... semoga semua ini jadi ikhtibar kepada artis2 lain.

sejujurnya gua peminat setia wardina dari dulu... sampai gua dah plan nak namakan anak pompuan gua dgan nama "safiyyah". hingga gua tahu kecondongan politik dia (dan mana2 artis yg sokong mana2 parti politik secara lantang), lu orang dah hilang seorg peminat, iaitu gua!
RR said…
one more thing...

gua nak cabar wardina cuba buktikan jika ada so-called-FITNAH yang dia kata dilemparkan kepadanya dari blogger2... pasal kebanyakan kami menulis berdasarkan fakta & bukti yang kami ada, terutamanya gambar & tweetnya di ruang siber.

dia boleh kata dia bergurau melalui replynya kepada syarizat, dan kami juga boleh kata kami bergurau katakan dia bakal YB!

apa2 hal gua harap wardina akan tampil dgan semangat baru bertugas di TV3 selepas tempoh bertenang... dan lebih berhati2 selepas ini dalam tindakan & membuat keputusan.

biar semua ini jadi ikhtibar & ingatan kepada wardina, selebriti/artis2 lain dan gua sendiri - uiksss bila masa gua jadik artis plak??! =p
Sobrie said…
Lepas ni celebrity yg perasan bagus ni takkan interframe depan tv lagi kot? Dia akan interframe di ceramah2 PKR pulak ;)

Betul kebebasan menyokong pihak mana pun. Tp ingat2lah kat mana awak cari makan. Takkan nak gigit tangan org yg bagi awak job dan bayar gaji kan kan kan?

Lain kali pandai2lah bawak diri jgn terover sgt dgn semangat pembangkang tu. Pandai2lah kaver Puan Wardina ya ;)
Anonymous said…
Tuan punya blog ni kenapa? Nak buat personal attack macam ni? Tuan blog, if you want to be somebody (let say you tak dapat jadi PM /or somebody) tak perlu lah you nak buat personal attack macam ni.

Either you are having TOO much free time in your life (because a PM or a CEO of a company sendiri tak ada masa nak check email) apa tah lagi you yang ter lebih masa sampai sanggup nak merosakkan nama orang lain (Wardina). Apa hak you kat sini?

Blog you ini hanya lah sebuah blog picisan yang di bukak under BLOGSPOT and bukan nya berdaftar di bawah your-own server (host / atau host yang di sewa).

I feel so sad, sebab ada nya manusia mentaliti kelas ketiga seperti you.

I hope you akan delete post ini and remove that picture.

Thanks
Anonymous said…
Hahahaha.
Anonymous said…
laaa.dah ada anak rupanya kau ni..perempuan lak tu..xtakut ke Allah balas perbuatan mengaibkan orang kat anak beranak kau..lagi satu sapa kau nak menghukum tindak-tanduk wardina, dah dia ckp dia x menyebelahi mane2 parti politik, xkan ko masih nak ckp dia Pro pembangkang..so, ni dah dikira fitnah.. apa2 pun, ko jadi pemegang saham utama la bab2 fitnah wardina ni, byk gak downline kau dlm malaysia ni, bukat takat blogger noob je, orang2 kat kdi kopi kat area2 kampung tu byk gak..WOW..moga hidup ko bertambah ceria dgn pulangan untung berganda-ganda yg dijanjikan oleh ALLAH..nah, amik sikit sabda junjungan kita

“Barangsiapa yang menutup keaiban seseorang mukmin, maka seolah-olah dia menghidupkan kanak-kanak yang ditanam hidup-hidup dari kuburnya”
[Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’i]


Kata Sufyan ath-Thauri dari Rasyid ibn Sa’d dari Mu’awiyah ibn Abu Sufyan katanya: Aku dengar Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sesungguhnya jika engkau mencari-cari keaiban-keaiban orang lain bererti engkau telah merosakkan mereka atau engkau hampir-hampir merosakkan mereka.”
[Riwayat Abu Daud]

renung2 kan dan selamat beramal tok syeikh!

p/s - xpayah nak tunjuk hero sgt konon x takut perintah mahkamah, sekali dah kena, nyesal x sudah.
Soraya said…
Tolong la jangan nak aib kan orang lain. Macam mana kalau orang dok aib kan bini engkau, mak engkau atau adik beradik kau yang lain?

Mesti kau sedih kan? What's your problem?

Banyak lagi benda yang kau boleh buat daripada buat benda benda, menulis bahan bahan yang tidak ilmiah langsung macam ni.

You only insult hati seorang ibu, yang mempunya anak-anak. Hati dia lagi mulia daripada engkau yang meracuni pemikiran orang yang membaca blog kau ni.

Entah betul atau tidak, di mana kebenaran dan kesahihan nya.

Baik lah masa engkau tu di gunakan untuk benda benda lain. Tak perlu la nak hidup dengan duit ad-sense and subsidi rakyat.

Selalunye orang yang kalah sahaja yang suka buat post benda benda macam ni, sebab dah tak puas hati kan? Sorry to say.
Anonymous said…
percayalah ckp aku daphne iking, diana danielle or lisa surihani antara yg ada komen kat sini..support betul kat twitter wardina hahahha..aku rasa yg banyak words english tu daphne kot tak pon yg ade words2 melayu tapi macam pelat2 tu ye la kot hahaha..yg dok kluar hadis bagai tu sudah2 la wei..jgn babitkan islam dlm2 hal2 politik kotor gini la..nak bergaduh ke bertumbuk ke jgn babitkan islam.kesimpulan dlm cerita ini ialah kalau takut dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai muahaha
Sobrie said…
Lenkali berhati2 ya dik ya. Jgn cepat melatah. Ni baru sikit. Bila jadi orang politik betul2 nanti lg berat dugaannya. Bak kata bidalan, kalau takutkan ombak jgn berumah di tepian pantai ;) Tuan punya blog ni cuma nak testing je tu. Lepak laaa.Ahaks.
Anonymous said…
Demokrasi kah negara ini klau rakyat di paksa utk menyokong kerajaan yang telus dan ikhlas? Dimanakah sikap kemanusian rakyat malaysia dengan terus membenci artis yang menyokong parti yg dipilihnya. Is this free country or comunis country? Buka sikit pemikiran tu jgn fikir mcm pemikiran dunia class ke3. If we look other countries for example USA, Britain their people free to choose even their celebrities free to support mana2 party xkire la kerajaan or opponent. Wake up all of u mcm katak bwh tempurung.
Anonymous said…
Wake up all of u mcm katak bwh tempurung.

=====

Boleh...semua pun boleh. Mcm pembangkang jugalah... semua betul semua boleh.

Cumanya ya cik adik... usahlah terlalu menunjukkan poyo. Sokonglah sapa nak disokong. Masalahnya jgn mcm bagus je mcm awak je yg btol org lain sumer bodoh. Sesekali muhasabahlah diri. Nak orang lain berfikiran terbuka, cubalah sendiri berfikiran terbuka. Cuba sesekali fikir positif pada kutukan orang, ok :)
YAYA said…
Sebagai public figure Wardina berhak menyokong mana2 parti politik tetapi biarlah secara rahsia jika dia tidak mahu ada peminatnya 'lari'. Kenyataan umum bernada politik seperti di twitternya boleh membuatkan sebilangan peminatnya tidak selesa.

Ini bukan soal ketidakadilan & demokrasi. Jika Wardina mahukan dia bebas bersuara, blogger juga mahu bebas bersuara!
Anonymous said…
jagalah aib saudara semuslim...Sabda Nabi Muhammad SAW " Tidak beriman kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu sepertimana kamu mengasihi diri kamu". Soalan: adakah anda rela diperlakukan sebegini? bersuara bersuara juga tetapi kita diakhirat nanti jawapan dihadapan Allah jua yang valid .
Anonymous said…
Wardina si perasan bagoss..konon kalo ado gelaran 'ARTIS CONTOH' konon dia lah JUARA nyya..phhuii.. baru semalam pakai tudung dah nak bagi ceramah bagai..macam lah artis len full time buat dosa ..konon dia seorang lah artis yang tak pernah tinggal sembahyang..kalau orang lain tegur dia tak boleh plak..nak saman bagai..hambik kau, kalau tanak kena kritik, balik umah jaga pisang laki ko ajerlah, takyah nak cari glemer kat luar..ciss..sampah tol.
Hibbeler said…
@leman.
bro ni kau bukan hentam cara politikal. ini personal bro. aku tak marah kau nak hentam dia pasal sokong PKR sebab aku tau kau memang anti PKR. tapi yang jadi halnya kau serang peribadi dia. memang dulu dia tak pakai tudung tunjuk sana sini. sekarang dia dah pakai tudung. niat dia pakai tudung tu kita tak tahu, tapi kita bersangka baiklah yang dia benar-benar berubah. kau nak buat entry nak hentam dia pasal sokong pkr yang korup tu tak da masalah. tapi kau buka aib dia. kau tunjuk gambar-gambar tak senonoh dia. kita sama-sama islam tak perlu nak bukak aib macam tu. macam muallaf masuk islam, kalau dia bagi nasihat takkan kita nak cakap 'alah, kau pun makan babi dulu, sekarang cakap pandai pula'.
jangan sebab politik dosa kita bertambah.

kalau kau nak kata dia bodoh sokong pkr yang sentiasa bagi angan-angan kosong tu takdak hal. malah aku rasa ramai lagi yang support kau. tapi penulisan kau emo. kau bukak point yang sebagai pekerja tv3 dia tak boleh sokong pembangkang. ini mengarot. rezeki bukan kerajaan bagi. dia kerja, dan balasan untuk bekerja ialah gaji.
Hibbeler said…
@leman.
kalau kau rasa kau betul, dan kau pun ada kebebasan bersuara macam wardina, tak payah kecoh nak buang gambar tu. come on bro. bawak lawyer buktikan perbuatan kau tu betul.
talk the talk and walk the walk bro. jangan berani dalam internet je. buktikan perbuatan kau tunjuk gambar seksi seorang muslim yang cuba berubah tu benar.

jangan sembang kosong bro.

salam.
Anonymous said…
dia pandai berpikir...bukan macam ko ngan puak2 umngok yang lain...baghal, tak dak otak...bodoh nak mampos.....hidopla ko dalam kebodohan selama lamanya....

semua yang HAPRAK ni perlu dihapuskan, so that malaysia jadi BERSIH!!!
Anonymous said…
wardina pas ni aku x mau tgk mka hg dah kat mana2 tv...kpd suma syarikat yg endorse dia buang terus..
mrs nazri said…
tak paham knapa perlu mnghentam org sbegni rupa??saudara juga islam mybe..cuba pikir dosa pahala sebelum mmbuat ssuatu perkara ..dan satu lagi mmbuka aib org adalah dosa besar..cuba muhasabah diri sndri dulu..wardina dah berubah..dan alhamdullah la ..tntang politik pulak,biarlah..tentng bob lokman xnk citer lak..terang-terangan lak tu..m'sia kan negara demokrasi ape mslah nyer??satu lg jgn mmbuka aib org..perlu ingat saudara juga mmpuyai saudara perempuan..bayangkn klau org mmbuka aib saudara prempuan sndiri??ape perasaan anda???renung2knlah..Allah itu maha adil..percayalah..
Anonymous said…
Wardina ni dah dpt penyakit perasan BAGUS....yg bagus, betul, bijak, solehah ,berfikiran terbuka tu dia ajelah. Org lain yg tak sama fikiran ngan dia tu semuanya tak bagus
man on da street said…
You can wear the tudung, hijab, serban, jubah,sprouting beards, heck, can even wear the guni beras all over our body, but that does not guarantee the purity of ones inner selves. Do not judge the book by its cover, how many wrong doings have been done by such people with external godliness features. To name a few, corruptions, khalwat, incests,CBT, child abusers, rapes, wife abusers, the lists could go on. To me , my opinion its part of our daily dressing. For some who dressed and potrays being adherring to islamic religious ways are genuine, for some maybe due to needs and wants while others maybe due to needs of others. What is important is that practice what you preach, walk the talk . What is important is that we should be honest, that will reflect our integrity. What is important for wardina is that she should be honest in replying the allegations against her , bearing in mind that the cards are against her. The printed evidence exposed by several bloggers are hard to rebut.I have seen enough hyprocrisy while i am doing my pilgrimage at the Holy Land, and they are all dressed up like that, Anyway its part of dressing , culture, thats all.
Anonymous said…
salam,bagi sy x salah untuk orang menyokong mana2 pihak kerana nie adalah hak demokrasi dan sebagai rakyat yang merdeka,

mentaliti kita harus sejajar dengan ilmu yang ada. seperti mana AC mizal sokong UMNO seperti itu jugak wardina.

apa yang membezakan dua2 org tersebut adalah satu sokong pihak saudara dan satu tidak menyokong, dan saudara hentam sehabis habisan dan hina sehinanya dia kerana x menyokong pihak saudara,

adakah saudara menafikan demokrasi?ce cerita sikit,pisahkan EMOSI dari politik, TINGKATKAN professionalism kita.
Anonymous said…
apa nak heran wardina sokong pkr.bapa dia kan kawan baik si nuar tu dlm tahun 70 han...cuba2 selak lembaran sejarah...
Anonymous said…
Masaalahnya..die keje dgn TV3 yg dipunyai Media Prima yang pemegang saham terbesar nya UMNO. Dia pulak hadir dan tunjuk sokongan pada PAS/PKR musuh politik UMNO .
Paham tak bahalol2 semua.??
Memang dalam demokrasi dia bebas nak sokong sesiapa.
TV3 pon bebas juga untuk tendang pekerja dia yang sokong musuh dia. Tak gitu?
Bahalol betul la..
wak
Anonymous said…
Laaa...bro...sis.....sekelain...Biarkan la Wardina tu.....inikan negara demokkrasi.Dia berhak menyokong sesiapa kita tak boleh bising pasal tu....sama jugak lah dengan penyokong wardina ini kan negara demokrasi sesiapa pun berhak bersuara.....ehehehe nasibleee..inilah dia politik heheheheehe
Anonymous said…
aku xfhm dgn ko org ni..dlm blog ni mne da crita2 psl mengaibkan wardina..da ker cita psl wardina bogel,minum arak,gi disko?xdakan..ni cite psl fhman politik dia jer..kdg2 ko org ni nak berceramah dgn org lain tp lari tajuk..huh..memalukan..
pemerhati said…
mmg la boleh wardina tu sokong sapa je..tapi masalah besar nya dia keje dgn sapa? dia keje dgn tiwi 3..kan GLC milik kerajaan..tiap2 bulan terima gaji dgn hepinya lepastu hentam kerajaan cukup2..wah2..so senang je..kerja la dgn tiwi selangor ke..haramkah ke tak pon suara keldaian kan senang...komfem x dek sapa nak marah..yg juak2 ni pon la...cuba la kalau BN..apa2 saja yg diburuk2 kan pon pasti nya diterima dgn sepenuh hati tanpa ada sikit bangkangan pon..ni lah dia..sendiri kata wajib membuka pekung..tapi kalau dah kena batang hidung sendiri melalak la keluarkan macam2 fatwa..serupa amnesia dah..
Anonymous said…
assalamualaikum...
tuan punye blog ni tnk ganti ke gmba kt entri 'BEKAS MODEL KANGKANG MAJALAH MANGGA NI ADA HATI NAK JADI AHLI PARLIMEN PAS RUPANYA!!' ke gmba yg lebih sopan skit...sy tau la awk mmg tk takut pn kene saman ngan wardina...tp sy takut kg awk kene 'saman' kt akhirat kelak...time tu lawyer terhebat kt dunia pn xleh nk selamatkan awk...tkyah la ego sgt...anggapla ape yg awk buat tu sbb nk menyelamatkan maruah wanita muslim dan agama Islam...kot ye pn wardina tu prasan bagus tp ilmu tk seberapa pn pstu ade hati nkmasuk syurga gune PAS dn nk jadi pm lk tu, bkn gini caranya nk hentam die...sy MERAYU tlg la buang gmba tu...sy sndiri xsanggup nk upload gmba kengkawan sy yg tk bertudung, ni kn pulak nk upload gmba seksi meksi seseorg yg dh bertudung...pikir2kan la...
Anonymous said…
Sebab tula gua suka orang cam penulis blog n kroni neh..banyak dapat dosa. At least ade geng gak gua kat dalam nerake tu. Setan ketawa berdekah-dekah!
cik siti wan kembang said…
kenapa nak timbulkan pasal sapa majikan dia? dia kerja, gunakan kudrat dia, bukannya tv3 bayar gaji bodo cm tu jer.. kalo pun glc, kena ingat, duit kerajaan dtg dr duit rakyat.. lagipun tu hak dia nak sokong mana2 pun, hak dia utk menyuarakan pendapat dia.. xkan lah nak suruh semua jd mcm patung, nampak benda salah pun diamkan jer... sekarang ni, memang semua org pun dah bayar cukai,xkeja lg pun dah kena.. (gst 6%)..
Anonymous said…
blaaaaaaah lah wardina
ckp tak serupa bikin
nk perbodohkan org bagi statement konon tak sokong mana2 parti politik
hakikatnya, org dah tau lah
berlagak pandai, alim
weeihh pegi balik acheh, jadi ahli politik sana laahh!!!!
Anonymous said…
kpd wardina, harap bersabar dgn dugaan ini. kami respect anda kerana anda salah seorang artis yg paling awal insaf (bertudung) dan tegas dgn prinsip.walaupun saya sangat senior dr segi umur tetapi saya rasa wardina adalah seorang artis yg mempunyai pemikiran yg bijak, banyak membaca dan pandai menulis.
kpd blogger sepatutnya tidak emosi sangat untuk mengutuk orang lain yg mungkin tidak sehaluan dgn anda, dgn cara mengaibkan, kerana wardina amat sensitive tentang isu auratnya. ada telah menyentuh perasaan seorang wanita dgn cara paling kejam dan keji kerana saya juga wanita. bagaimana anada boleh tidur malam dgn nyenyak setelah buat begini?manusia diberi kebebasan untuk memilih.
niat wardina, samaada dia memihak kpd sesiapapun, itu hak dia. jika dia salah..Allah akan menghukumnya.
tak perlu begitu kejam mengaibkan orang.
dunia ini bagai roda...dosa kpd manusia perlu minta maaf pd manusia tersebut...jika tidak...
Anonymous said…
wardina harap tabah....rezeki adalah drpd Allah..
bukan tv3......
wardina ada ilmu dan pengalaman luas, rupa yang sangat cantik, tentu boleh mencari rezeki dgn cara lain, yg mungkin lebih berkat .
anggap ini ujian Allah.
biarlah anda diaibkan...Allah lebih mengetahui segala-galanya.
Anonymous said…
semua ckp pasal kebebasan bersuara... semua sokong kebebasan bersuara kan? HELL YEAH.....ni baru "kebebasan" bersuara namanya.... ape nak pertikai lagi.. hak tuan blog nak bersuara, hak korang nak bersuara dan hak wardina nak bersuara.... bebas....bebas sebebas-bebasnya sampai huru hara.... yeah...come on...more comment pls... tunjukkan kebebasan bersuara korang tu....
Anonymous said…
HELL YEAH...jom kite bebas bersuara bersama2...kalau org tu bersuara walaupun kite tau apa yg diperkatakannya salah dr hukum syarak...HELL YEAH...biarkan je die bersuara...kalau die bertindak mendedahkan aurat seorg muslimah yg telah menyesal dgn zaman silamnya...HELL YEAH...biarkan je die terus melakukan kesalahan itu tnpa masyarakat menegurnya...kalau kite tau idola/pemimpin kite ckp belit2 dan menipu kite semua...HELL YEAH...biarkan je die bersuara...ERRR...BKN KE KITE DIPESAN UTK TEGUR MENEGUR KE ARAH KEBAIKAN??
Anonymous said…
sekurang2 nya wardina tu pakai tudung dan dia berubah.. bukan senang ARTIS2 nak berubah bertudung... ALHAMDULILLAH.. apa yang dia lakukan kerana ALLAH... Kak Mah pun tak bertudung lagi tu.. bila nak sampai seru pun tak tau.. muslimah la sangat kan... semuga Allah memberi haidayah untuk dibukakan hati Kak Mah untuk bertudung.... AMIN.....
Anonymous said…
Orang tak kan marah dan apa parti pun dia masuk. Yang org marah ni, perempuan ni sombong dan bongek.
Dia ingat dia pandai, tu pasal dia putar belit.
Anonymous said…
Pegi cari kerja tempat lain la wardina. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Kalau keja tempat UMNO sokongla UMNO. Kalau keja tempat PKR sokongla PKR bukan begitu cara cari makan.