"Aku tak boleh nampak kiblat ALLAH tu dengan duit!!"
Video rakaman IbnuKhusairy berjudul "Pakcik Depan Sogo" menjadi fenomena selepas huru-hara perhimpunan Bersih 2.0 di kota KL 9 Julai lalu. Banyak luahan bermakna yang terpacul dari mulut orang tua misteri ini untuk generasi muda hari ini belajar mensyukuri.
Percakapannya yang berselang-seli dengan aksi menulis sesuatu pastinya membuat ramai yang tertanya-tanya. Apa yang 'Pakcik Depan Sogo' sedang tulis?? Dari foto di atas, kita boleh melihat jelas dia sedang menulis petikan ayat2 suci alQuran. Gelas plastik di hadapannya bukan untuk meminta sedekah, tapi hasil jualan ayat-ayat alQuran yang ditulisnya kepada orang-ramai yang lalu-lalang di situ.
Entri dalam blog ini (KLIK) ditulis pada Oktober tahun lepas lagi... menunjukkan pakcik ini sememangnya sudah lama 'berpengkalan' di sekitar SOGO. Jadi sebarang prasangka untuk menuduh pakcik ini SB, MIO, CIA, MOSSAD, etc adalah tidak berasas sama sekali.

Menurut tulisan di blog IbnuKusairy.com, dulu pakcik ini tinggal di Malay Mansion di tingkat 13 di bangunan yang berketinggian 14 tingkat. Kemudian, rumahnya dirobohkan untuk pembinaan pusat membeli belah SOGO. Di hadapan SOGO, menurutnya, ada klinik di mana PM pertama kita Tunku Abdul Rahman membuat pemeriksaan mata.
Malay Mansion... kemungkinan pakcik ini dulunya seorang jutawan. Sebab itulah soal wang tidak pernah dia pandang. Yang penting dia boleh mencari rezeki dengan aman tanpa huru-hara & kekacauan di tempat dia meneruskan kelangsungan hidup. Satu mesej penting untuk individu atau pihak yang terlalu mengidam serakah kuasa sehingga meminggirkan susah-payah orang lain dalam misi mencapai cita-citanya!
"Tanya diri engkau apa bakti engkau kepada negara, jangan tanya negara berbakti kepada diri engkau!" merupakan ungkapan bekas presiden USA, John F. Kennedy pada tahun 1961, justifikasi bahawa tahap ilmu pakcik depan SOGO ni bukan sembarangan.
"Tanya diri engkau apa bakti engkau kepada negara, jangan tanya negara berbakti kepada diri engkau!" merupakan ungkapan bekas presiden USA, John F. Kennedy pada tahun 1961, justifikasi bahawa tahap ilmu pakcik depan SOGO ni bukan sembarangan.
Entri dalam blog ini (KLIK) ditulis pada Oktober tahun lepas lagi... menunjukkan pakcik ini sememangnya sudah lama 'berpengkalan' di sekitar SOGO. Jadi sebarang prasangka untuk menuduh pakcik ini SB, MIO, CIA, MOSSAD, etc adalah tidak berasas sama sekali.
.
Comments
cucu akn slalu kt blakang atok... cucu ingt ape kate2 atok..
:D
atok mmg hebat...atok mmg ROCK!!!
atok mmg MELAYU!!!
to wak sam:ape nakalnya anda... xkn peminta sedekah boleh ckp mcm ni... mustahil.. even atok ni peminta sedekah pun, ilmu die tinggi,martabat mulia berbnding org2 mcm seangkatan dgn anda..
:D
aman MALAYSIA aman!!!!
teeeerbaiiik lah pakcik!!!
meh kita tiru sikit budaya kurang ajar dia, betul tak wak samPAHaramjadah??
Diskaun Hebat untuk Insurans Kenderaan, Penghantaran Percuma Untuk Cukai Jalan, Tiada Sevice Charge!! Sahut Cabaran kami untuk menang Proton Exora dan Wang Tunai Sehingga RM 100,000 keterangan lanjut layari :-
www.aiomits.com
ini zaman bukan zaman batu lah pakcik...
mungkin kata pakcik tu betul utk zaman batu...
kalau benar dia tak sempurna akal , bagaimana dia tahu segala tarikh dan apa yg berlaku , bagaimana dia faham senario dan kronologi peristiwa ?
kalau benar dia peminta sedekah biasa , bagaimana dia boleh cakap 'aku tak nampak kiblat Allah itu dengan duit ?' faham tak apa makna pakcik tu cakap ?
lihat riak mukanya , lihat gerak matanya , lihat nur wajahnya , lihat geleng kepalanya , apa yg kamu boleh tangkap ?
nak bagi sedekah pada pakcik tu jgn letak duit dalam tin , hulur duit bagi genggam dengan dia , atau terus masuk dalam koceknya , dia akan berpaling melihat muka anda ! kalau kamu masuk duit dalam tin dihadapan itu [tin tu tempat dia simpan pen warna ] dia kan menangis tersedu dan menadah tangan berdoa kehadrat Allah !
jika ada masa , cubalah anda bercerita dengan pakcik tu , bisik pada dia 'doakan saya ' secepat kilat airmatanya akan menitis dan berdoa dengan linangan airmata !
kalau tak kenal pakcik tu jangan buat andaian ikut selera ...bahaya diri sendiri
Berusahalah dalam mengurangkan fitnah2 itu. itulah yang orang beriman akan lakukan.
Andaian anda semua pelbagai, mengikut pengetahuan masing2, dari kacamata masing2. Itu adalah jalan pakcik tersebut, yg tidak semua dan sngt jarang manusia mampu utk melakukannya. selagi mana pakcik itu melaksanakan yg disuruh Allah dan rasulnya, selagi itulah beliau benar dan perlu difikirkan perkataan2 dan perbuatan2 beliau.
Sedikit kesimpulan, dalam dirinya sangat tinggi tawakal ke atas Penciptanya. Beliau semestinya pelik melihat manusia yg rakus dengan duniawi.
laukanu ya'lamuun.