KETUA WIRA PERKASA CUBA HERET DS @NAJIBRAZAK PULA...

Wira PERKASA sudah melalui zaman suram selepas pengunduran ARMAND... Ketua Wira baru meneruskan legasi kebangangan mereka sama seperti Presiden dan Setiausaha Agungnya... tapi kali ini lebih hebat dengan mengheret PM - DS Najib dalam kancah kebodohan mereka sendiri. Baca ulasan awal gua tentang 'kebangangan' PERKASA di SINI (klik!)


Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris berkata pihaknya ingin bertanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apa pula maksudnya bila BN memberi angpau dalam sampul warna putih di Seri Setia.

"Masa isu PERKASA (beri angpau dalam sampul putih), PM kata 'semua orang tahu angpau ialah sampul merah'," kata Irwan Fahmi (kanan) dalam satu kenyataan.

"Sekarang angpau BN kenapa warna putih?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Dalam budaya Cina, putih biasanya dikhususnya untuk tujuan berkabung.

Kelmarin, Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hasan Syed Ali mempertahankan perkara itu, dengan menyatakan bukan ia sahaja berbuat demikian, tetapi merujuk kepada gambar dalam sebuah akhbar harian yang menunjukkan hadirin menerima sampul putih di majlis Tahun Baru Cina anjuran BN.

Sampul tertera logo Umno-BN

Bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen menjelaskan bahawa sampul putih yang digunakan oleh Abdul Halim sebenarnya adalah sampul khas yang bercetak dengan logo BN dan Umno. Sampul berkenaan digunakan oleh mereka sepanjang tahun.

Irwan, bagaimanapun tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

'Saya juga hairan mengapa pengerusi MCA Kelana Jaya boleh kata isu PERKASA lain, tak boleh samakan angpau yang BN beri.

"Saya hairan mengapa beliau kata lain? Sampul PERKASA putih sampul BN pun putih. Apa yang lain?

"Oh jika warna putih dari BN, bukan maksud untuk kematian? Dari awal PERKASA kata semuanya 'double standard' terhadap PERKASA," tegas Irwan Fahmi. -MK

mintak maaf habis cerita tuan presiden oiii... tak payah nak heret pihak lain sama!

Comments

MELAYU KULAI said…
Blog tuan yang hebat ini telah saya pautkan.
Mohon tuan pautkan blog saya juga. Tq.
http://www.melayukulai.info/